Show Off?


Syabas bagi remaja, dewasa or orang tua yang sembahyang, buat ibadah and buat kerja amal bagai. You deserved my massive respect.

Aku bukan nak buka aib sendiri tapi aku ni baru je nak start sembahyang balik. Tau diri banyak buat dosa. Tapi memang slow-slow la. 

UAI pernah cakap, 'nak bertaubat tak boleh slow-slow, sebab mati anytime'. Memang betul apa dia kata. Tak boleh nafikan apa dia kata tapi seriously aku tengah mencuba.

So apa yang aku cuba nak sampaikan is kalau kita sembahyang or buat kerja amal ni perlu ke kita nak beritahu orang? Contoh, kalau kita pergi masjid tak kira lah waktu apa pun, zohor ke, asar ke, jumaat ke, perlu ke kita nak 'check-in' kat Foursquare and post kat Twitter or Facebook?

And contoh lain, before or after kita sembahyang, perlu ke kita tweet or post status 'about to perform prayer' or 'just finished perform my prayer'.

For what? Nak beritahu followers or satu dunia ke kau sembahyang? Kau pergi masjid? Sembang pasal agama dia nombor 1 tapi syarat penting bila buat ibadah kau lupa? 'Jangan bongkak atau menunjuk diri ketika melakukan ibadah. Jika tidak hanya sia-sia ibadah tersebut'.

Seriously, tak perlu kalau kita buat ibadah then nak 'show-off'. Buat ibadah sebab kita ikhlas dan kita humble.

Sorry to those who feels offended.