MUTANS AND PROUD

NICE TO SEE NICE TO HOLD ONCE BROKEN CONSIDERED SOLD

DON'T DO THE CRIME, IF YOU CAN'T DO THE TIME

Quote macam ni you guys banyak boleh tengok dekat kedai kaca or balai polis or penjara.

Macam aku kalau pergi kedai kaca memang aku cuak habis sebab takut terlanggar benda benda mudah pecah ni especially takut pecah benda yang mahal. Mana ada duit kan nak bayar.

So apa masalah dengan orang sekarang? Kalau tak nak kena saman then jangan bawak laju. Kalau tak nak bayar kaca yang dah pecah then jangan datang kedai kaca or kurus kan sikit badan. Kalau tak nak masuk penjara then jangan buat masalah. Kalau tak nak kena pukul then jangan ragut or rogol or curi motor. Kalau tak nak kena pulau dengan orang then jangan buat hal dengan orang.

Dah you all buat salah then terima la padah nya. Kenapa nak blame orang lain? 

Kenapa bila you all bawak kereta overspeed then kena saman you all kata 'Bodoh la polis ni. Time ni la nak saman. Bodoh!'

Kenapa bila you all pinjam duit orang then orang tu ugut you all sebab tak bayar hutang then you all marah orang tu? You all mesti kata 'Tak berhati perut langsung. Sikit masa pun tak boleh bagi ke aku nak bayar?'

Kenapa bila you all dapat AIDS sebab main dengan pelacur you all marah pelacur tu sebab ada AIDS and tak pasal pasal transfer dekat you all?

Aku tak faham dengan konsep orang blame others because for their own mistake. 

Ini contoh. Kalau tak nak berhutang then jangan berhutang. Dah terang terang dekat borang agreement ada signature you all dah bersetuju untuk berhutang and dikenakan interest. Once you all dah sign means you all juga bersubahat buat Riba'. Then blame orang lain kenapa? Blame tak boleh ada interest sebab Riba' bagai sedangkan you all sendiri bersubahat.

Dekat dunia ni mesti ada pros and cons dia. Kita manusia memang tak kan lari dari buat kesilapan. Kalau you all tak bernasib baik then you all kena terima padah. Pada orang yang dapat lari then itu rezeki or Allah bagi peluang kedua untuk you all bertaubat. Sudah sudah la nak tunding jari and salah kan orang lain. Kita dilahirkan dengan akal fikiran. Fikir mana baik mana buruk.

. Kata kan BODOH pada orang yang blame kan orang lain.

Show Off?


Syabas bagi remaja, dewasa or orang tua yang sembahyang, buat ibadah and buat kerja amal bagai. You deserved my massive respect.

Aku bukan nak buka aib sendiri tapi aku ni baru je nak start sembahyang balik. Tau diri banyak buat dosa. Tapi memang slow-slow la. 

UAI pernah cakap, 'nak bertaubat tak boleh slow-slow, sebab mati anytime'. Memang betul apa dia kata. Tak boleh nafikan apa dia kata tapi seriously aku tengah mencuba.

So apa yang aku cuba nak sampaikan is kalau kita sembahyang or buat kerja amal ni perlu ke kita nak beritahu orang? Contoh, kalau kita pergi masjid tak kira lah waktu apa pun, zohor ke, asar ke, jumaat ke, perlu ke kita nak 'check-in' kat Foursquare and post kat Twitter or Facebook?

And contoh lain, before or after kita sembahyang, perlu ke kita tweet or post status 'about to perform prayer' or 'just finished perform my prayer'.

For what? Nak beritahu followers or satu dunia ke kau sembahyang? Kau pergi masjid? Sembang pasal agama dia nombor 1 tapi syarat penting bila buat ibadah kau lupa? 'Jangan bongkak atau menunjuk diri ketika melakukan ibadah. Jika tidak hanya sia-sia ibadah tersebut'.

Seriously, tak perlu kalau kita buat ibadah then nak 'show-off'. Buat ibadah sebab kita ikhlas dan kita humble.

Sorry to those who feels offended.

Nak hidup senang Bukan Mudah


Ramai orang termasuk aku sendiri nak hidup senang. Semua benda nak murah. Semua benda nak dapat. Semua benda kalau boleh nak free. Siapa taknak GILA!

Aku tak nafikan harga barang sekarang mahal sangat. RM50 sekarang paling banyak boleh beli maybe dalam 4-5 barang je. Dulu RM50 boleh dapat banyak and boleh kata borong satu kedai kalau boleh. Tapi sekarang kalau pergi shopping bawak RM50 hati memang tak kan senang.

Boleh tengok sendiri harga barang sekarang macam mana. Sabun baju dah RM10. Sabun mandi RM9-RM10. Tu tak kira baju lagi. Baju quality tapi harga murah dekat Brands Outlet je. Kalau Padini paling murah dah
RM100.

'Orang akan kata sapa suruh beli baju dekat situ? Beli lah baju dekat Giant ke, The Store ke, Mydin ke.' Yes aku tak nafikan harga baju dekat situ memang murah tapi lumrah manusia mesti kena nak beli something yang worth dengan duit kita. KEPUASAN kata orang.

So bagi aku, kalau nak beli barang-barang mahal, nak branded-branded, hidup nak sederhana or mewah kita kena try to earn it. Mana ada benda senang-senang nak dapat. 


Gaji RM800-RM1000 tapi nak duduk rumah mewah. Makan nak ayam goreng, sayur asparagus. Hujung minggu nak makan western. Chicken Chop laa, Steak laa. Tapi tak sedar duit sikit. Kerja malas. Belajar malas.

Bagi aku, betul kata ayah aku, 'Nak hidup senang belajar sungguh-sungguh'. Ni belajar dah la malas, dapat peluang tak nak buat betul-betul, dapat kerja tapi buat perangai. Then bila dah hidup susah salah kan orang lain.

I'm not saying yang aku ni pandai or bagus sangat tapi bila dengar orang yang nak macam-macam tapi tak dapat then blame orang lain. Kata barang mahal la, kata ni la, kata tu laa. Diri sendiri malas nak belajar or malas nak kerja or malas nak kerja sungguh-sungguh dia lupa.

If You Want Something You Have To Earn It.
Remember that.

Wawasan 2020

Dulu selalu dengar or terbaca pasal Wawasan 2020. Tun M kita hari hari sebut nak mencapai kemajuan dan dasar pandang ke timur tahun 2020.

So aku dulu time budak sekolah rendah, aku tak tau apa sebenarnya maksud Wawasan 2020. Yang aku terbayang kereta terbang, invisible cloth, kapsul dragon ball and macam macam lagi.



Tipu lah kalau korang tak pernah terbayang benda macam ni jadi sebab aku dah tanya hampir semua kawan kawan aku, semua terbayang pasal kereta terbang. (jawapan paling famous)

Agak naive zaman kanak kanak aku, tapi kalau betul jadi apa yang aku terbayang mesti best. Bayang kan la kalau kapsul dragon ball memang betul-betul ada, kita boleh simpan kereta or barang barang dalam kapsul. Takda saman parking dah, tak jam dah and macam macam lagi benefit KALAU ada.

Tapi aku rasa mustahil kalau semua benda yang aku terbayang dulu boleh jadi. Sebab macam gempak sangat kalau ada time tahun 2020. Maybe possible time tahun 2100 kot. Itu pun kalau umur panjang, dapat lah merasa. Tapi kejap je lah. Dah tua sangat dah time tu.


Naive sungguh aku ni dulu, kini, selamanya.

BR1M

Cita-cita bukan main tinggi aku ni. Belajar pun tak ke mana ada hati nak jadi perdana menteri. Hehe.

Tak salah ada cita-cita kan tapi aku pun rasa tinggi sangat tu.

Back to my topic.

Contoh bantuan dari kerajaan:-


  • BR1M, 
  • Kedai Rakyat 1M, 
  • Klinik 1M, 
  • bantuan sekolah, buku, 
  • and banyak lagi lah kalau nak list kan.
Berjuta-juta Ringgit Malaysia kerajaan bantu demi meringankan beban rakyat. Dengan sekarang kos hidup pun makin tinggi, rumah makin mahal, tol naik, tarif elektrik naik, cukai naik and tak lama lagi GST akan diperkenalkan.

Bagi aku, segala bentuk bantuan yang baru ni, TAK PERLU. Wait! Jangan condemn aku dulu. Jangan terus nak label aku macai pembangkang. Dengar dulu pendapat aku.

Why?
BR1M aku cuba nak ketengahkan. RM500 memang banyak bagi sesetengah orang. Maybe boleh bayar duit sewa, bil elektrik air and macam-macam lagi. Tapi berapa lama sangat boleh tahan? Berapa banyak sangat boleh kita beli? 

Instead of government bagi RM500 dekat rakyat yang berpendapatan rendah, baik government naikkan gaji sektor awam yang gaji bawah RM 900-RM 1,200. 

Benefit?

Bila gaji pekerja sektor awam naik, gaji sektor swasta automatic akan naik. Contoh, gaji kerani untuk sektor awam RM3000 tapi gaji executive untuk sektor swasta RM3000 jugak. So serta merta gaji pekerja sektor swasta pun akan naik jugak. (Ini contoh, OK!)

Bila gaji pekerja naik, barang-barang, minyak kereta, semua barang keperluan kita dapat beli. Semua akan senyap bantah sana sini.

So kalau aku jadi perdana menteri or menteri, aku akan cadangkan naik kan gaji pekerja sektor awam. Maybe tak betul apa yang aku cuba terangkan. So aku mintak maaf ye.

It's Not Fair


Salam.

Kebelakangan ni government banyak buat kemudahan untuk kaum wanita. Special parking untuk wanita, Ladies Coach KTM dan banyak lagi. And lepas ni apa pulak government akan bagi?

Kenapa kaum wanita dapat banyak sangat kemudahan and kelebihan?

Memang dan aku akui kaum wanita kaum yang lemah and perlu diberi perhatian. Tapi aku terasa macam kaum lelaki ni jahat sangat ke? Kuat sangat ke nafsu? Kaum lelaki ni tahu nak meraba je ke?

Kalau dekat KTM, normal coach penuh dengan orang sampai kena ketiak bangla indon dekat muka tapi dekat couch wanita lengang. Kadang-kadang sampai tak ada perempuan berdiri pun, semua dapat duduk.

Bila laki masuk ladies coach mula la nak pandang slack sedangkan kaum lelaki nak masuk sebab maybe dah penuh couch biasa and ada yang tak nak kena dan tak sanggup kena air ketiak bangla indon.

Atleast jangan lah pandang slack kalau dah nampak couch biasa dah penuh. Bertimbang rasa lah jugak.

Sekarang aku dah pun bekerja. Alhamdulillah. Aku tak nak pergi kerja naik kereta sebab tak sanggup dah redah kesesakan lalu lintas time pagi and balik kerja. So aku naik lah kemudahan awam iaitu KTM & LRT.

Ada lah satu pagi ni. Aku dari Batu 3 nak ke KL Sentral. Aku masuk je tren, mata aku dah nampak seat kosong. Time aku on the way nak ke tempat duduk ni, ada lah satu makcik ni tolak aku and terus duduk. Menyirap lah aku satu badan.

Bukan tak gentleman, tapi pergi la duduk dekat ladies coach. And makcik tu bukan lah tua/ mengandung/ OKU. And jangan la desperate sangat nak duduk sampai nak tolak-tolak.

Again maybe pendapat aku tak boleh terima or nak anggap aku sexist tapi sebenarnya kaum perempuan yang sexist. Semua benda kaum wanita dapat benefit and label kaum lelaki as pervert. Aku akui yang kaum lelaki banyak buat masalah like meragut, merogol etc tapi bukan semua kaum lelaki jahat. Just 1/1,000,000,000,000,000,000 lelaki jahat and yang lain semua baik termasuk aku.

Insurance

'Insurans? Haram tu. Sebab insurans macam pertaruh nyawa untuk duit. Macam judi lah jugak'

Itu lah statement typical orang Malaysia yang konon-konon matang dari segi pemikiran. The best thing is ramai orang tak kira umur dari muda sampai ke tua still tak matured lagi and berfikiran sempit. 


Meh nak ajar sikit tang mana haram.

Definition of gambling is to bet on an uncertain outcome as of a contest 
OR  to play a game of chance for stakes OR to take a risk in hope 
of gaining an advantage or a benefit OR to engage in reckless or hazardous behavior. 


However, insurances is to provides a guarantee of compensation for specified loss, 
damage, illness, or death in return for payment. 

But tak faham lagi?

Senang cerita, gambling ada 50-50 chance u win or u loss. Gambling haram disisi agama sebab judi mempertaruhkan nasib. 


Tapi insurance 100% pasti kita akan mati. Pasti kita sakit. Sebab sakit/ mati itu pasti.

Apa benefit insurance untuk kita? 
  1. Kos perubatan makin meningkat. Nak harapkan klinik 1Malaysia? Demam, batuk, selesema or sakit biasa boleh lah. 
  2. Kalau kita umur tak panjang, macam mana dengan beneficiary kita? Takkan nak biar mak ayah/ isteri & anak-anak kita tergapai-gapai?
  3. Anything can happen. Insurance acts as our last protection untuk bantu diri kita sendiri or orang yang tersayang.
  4. Paling best, tax-free.
Pandai-pandai la fikir mana yang terbaik untuk kita. 

First



Assalamualaikum.

Blog ini dah masuk kali ke-3 aku create. Tak ingat bila last time aku tulis and even email address/ password untuk sign-in blog lama pun dah tak ingat. Maklumlah dah tua. 

Aku create balik blog ini maybe sebab aku suka blogging. Aku boleh luahkan apa-apa. 

I don't mind orang tak setuju or setuju dengan pendapat aku. Sebab pendapat kita subjektif. It's like when you flip a coin. There's always two side to a coin. 

By the way, macam biasa selalu first post blogger aku introduce themselves. So aku dengan cliche nya akan introduce diri aku.

  • Mohd Khairi Bin Rosley. 
  • Shah Alam. 
  • 24 tahun. 
  • Youngest in the family.
  • Marsh Insurance Broker. 
  • Graduate student from UiTM.
  • Diploma in Mathematics
  • Degree in Insurance.
  • Manchester United fans.
  • Facebook: Khairi Rosley
  • Twitter: KhairiRosley
  • Instagram: khairirosley
Aku rasa next post aku nak ambil balik post yang terbaik bagi aku dari blog lama. (seluarhijau.blogspot.com). Then baru aku akan post yang baru bila dah datang idea. 

Thanks.