My BucketList

Hi guys. Bestkan kalau ada duit.

A BIG kalau ada duit banyak. Then pergi travel around the world. I don't know why these places aku nak sangat pergi. 

Harap sebelum kahwin & sebelum future anak dah besar nak pergi sekolah segala bagai sampai tak sempat nak ke mana-mana. Habiskan duit and get new experience. :)

1. Rome, Italy

2. Greece (Unlikely)

3. Dubai

4. Great Wall of China

5. Istanbul, Turkey

6. Machu Picchu, Peru (Very Unlikely)

7. Mecca, Saudi Arabia 

8. New York, USA

9. Manchester, England

10. Paris, France

11. Scotland

12. Moscow, Russia (Unlikely)

13. Taj Mahal, India

Maybe kalau pergi around Asia boleh rasanya. Sebab flight agak murah and banyak choice. Tapi kalau Europe or US memang susah and kena mengharapkan miracle kalau nak pergi. Doakan lah once dah lama sikit kerja, pangkat pun power and gaji pun tinggi then boleh aku pergi travel. Amiiin!

RM 5.00

Hi guys. Previous post I dah terangkan pasal macam mana nak buat duit using ASB. Now I nak terangkan macam mana u guys nak simpan duit sendiri; MENABUNG guna duit gaji.

Aku berani kerat jari berapa ramai sangat orang yang simpan duit dalam tabung sebab suka menabung. Ada duit lebih beli tu la beli ni la. Beli Iphone la. Beli Xbox 360 la. Macam aku. ^_^

So, aku timbulkan persoalan macam mana nak menabung secara bijaksana dekat kawan aku. Dia dok habaq mai dekat aku cara yang paling mudah and menjadi. Alhamdulillah, aku ikut cara kawan aku ni and aku dapat save duit RM 315 sebulan! Bukan MLM. Bukan main duit kutu. Tapi menabung.

Cara-cara:
  1. U guys pergi cari balang kuih mak u guys (yang tutup balang tu warna merah).
  2. Bukak penutup balang merah tu and campak ke tong sampah. (tak buang pun takpe)
  3. Tengok dompet/ seluar/ baju u guys yang ada duit RM 5.00 
  4. Simpan dalam tabung tu. 
  5. Trick dia; HANYA SIMPAN DUIT RM 5.00 SAHAJA. Duit warna hijau
  6. Everytime u guys jumpa duit RM 5.00, simpan dalam tabung.   
Contoh
Bila aku beli rokok which is the punya harga dalam RM 12.00. Kalau aku bayar guna duit RM 20.00, meaning aku ada baki dalam RM 8.00 (dalam bentuk RM 5.00 + RM 1.00 + RM 1.00 + RM 1.00). Then aku ambil duit RM 5.00 masuk dalam tabung aku. Yang RM 1.00 tu u guys boleh la nak beli air/ coklat/ gula ke. Tapi RM 5.00 jangan guna. Masuk dalam tabung.

Macam aku sebut dekat atas tadi, sebulan aku berjaya simpan dalam RM 315 (63 keping RM 5.00). Sebelum aku guna cara ni, everytime aku beli rokok/ air/ roti/ baki mesti hilang macam tu je. Pernah dengarkan orang kata, 'Once kau pecah kan RM 50.00, kau takkan nampak duit baki tu pergi mana'

Duit tu U guys boleh guna untuk macam-macam. Emergency ke. Kereta rosak ke. Untuk travel ke. Sebab bulan lepas aku dah pun guna duit aku RM 315.00 bayar duit road tax & insurans kereta. Aku tak sentuh langsung duit gaji aku. So agak happy boleh bayar tanpa usik duit gaji.

This month aku nak mulakan balik menabung RM 5.00 and kalau tak ada benda emergency or kereta rosak, Insyaallah aku nak gunakan duit aku tu pergi travel ke Macau & Hong Kong. Kalau RM 315 sebulan aku boleh simpan, meaning aku boleh dapat around RM 2,000 dalam masa 8 bulan lagi.

So, selamat mencuba and nescaya pasti akan menjadi. Sebelum aku tulis blog ni, aku dah pun closing 4 kawan aku guna cara ni. Semua happy and tak percaya dalam sebulan / dua bulan dah boleh simpan dalam RM 400 - RM 600.

Jadilah pelabur yang bijak.

Hi guys. Today nak share dengan uols pasal ASB sikit. I dapat this information from abang ipar I which is I find it smart and interesting. Memang konsep ASB ni pun 'jadilah pelabur yang bijak'. In  7 years of ASB loan, uols akan dapat jumlah pelaburan anda eventhough your loan period is more than 7 years.

First of all, choose which bank yang boleh bagi benefit dekat uols. Meaning, every month uols kena bayar berapa. Berapa interest rate dia.

Then, choose berapa banyak uols mampu untuk buat pelaburan. RM 50,000? RM 70,000? RM 100,000? or RM 200,000? My advise is jangan terlalu tamak and jangan terlalu ambitious sangat. Sebab with ASB, uols kena commit bayar every month. Takut tak termampu and duit gaji uols kena prepare if worst thing to comes. Accident ke? Rumah terbakar ke? Kereta rosak ke?

Once uols dah pilih masak-masak berapa uols nak buat loan, then pilih berapa tahun akan habis bayar. Let say 5 years/ 10 years/ 15 years/ 30 years. Kalau buat loan 30 years then uols akan bayar per month sikit compared to 5 years. (Common sense right). My advise is ambil 30 years of loan.

Now, jom kita buat calculation for 7 years of loan.
  • Jumlah loan/pelaburan: RM 70,000 (lets say this amount)
  • RM 400 per month / RM 4,800 per year
  • Then, RM 4,800 x 7 years.
  • RM 33,600.00 jumlah yang uols dah bayar for 7 years.
  • Then, every year kerajaan akan bagi dividend atleast 8% (+1% bonus). Kalau lebih 8% kira rezeki.
  • So, RM 70,000 x 8% = RM 5,600 per year.
  • Next, RM 5,600 x 7 years (dividend ni tak tepat sebab I kira roughly which I know dividend tu akan accumulate with the amount we invest in ASB)
  • Jumlah dividend for 7 years is  RM 39,200.00
  • Therefore in 7 years, RM 33,600 yang uols bayar for 7 years + RM 39,200 with the dividend amount for 7 years akan jadi = RM 75,800.00.
  • Apa yang aku tahu, if you can pay the loan awal, bank akan bagi rebate. Dekat situ uols dah untung lagi.
If ikut calculation I ni, uols tak payah tunggu 30 tahun untuk uols dapat balik duit investment ASB. Sebab in just 7 years, uols dah boleh dapat RM 70,000. Once dah dapat RM 70,000 tu, uols carry on buat another ASB loan. Maybe this time uols buat loan for RM 150,000 for 30 years. Then use same concept. Time tu maybe dah ada duit lebih. Dah pangkat besar. Maybe. ^-^

Apa yang best pasal ASB ni is uols bila dah dapat duit tu uols boleh buat investment lain, contoh beli rumah. So like I said, jadi lah pelabur yang bijak.

:)

Hanoi, City of the Rising Dragon



Hanoi. Capital city of Vietnam.

Plan secara tiba-tiba time tengah lepak minum dekat mamak and suddenly timbul idea nak travel dekat Ha Long Bay. Dapat idea, terus roger kawan-kawan, semua on and malam tu juga booking tiket. Kami ber-enam pergi and secara tak langsung celebrate one of my friends yang akan kahwin this year. So kind a 'bachelor party' untuk dia. But in a good way. Bukan macam mat saleh ey!

Dengan berbekalkan duit RM1,600, Alhamdulillah kaki aku berjaya menyentuh bumi Vietnam. Naik Vietnam Airlines and ambil masa dekat 4 jam dalam flight. Tak mahal pun sebab kalau compare dengan Air Asia memang lagi mahal.

Bai Dinh Pagoda

First day dekat sana, kami book package ke Bai Dinh Pagoda & Trang An and ambil masa 3 jam dari Hanoi.  Bai Dinh Pagoda ni tempat suci dia which is Buddha punya patung and tempat sami-sami bertapa.
Trang An
Trang An orang kata kalau tak sempat or tak mampu pergi Ha Long Bay, Trang An as alternative. Tapi kami redah. Selamba pergi dua-dua. So 2 trip aku ni boleh dikatakan best and agak unik sebab mana nak cari dekat Malaysia ni kau berkayak dekat tengah-tengah sawah padi and tepi gunung.

Sebenarnya plan ke Hanoi ni nak sangat tengok Ha Long Bay. Tengok dekat google antara 50 tempat tercantik di dunia and pernah masuk dalam list 'Wonders of the World'. Seriously aku tak tipu uols. Tempat ni tersangat lah cantik. Eventhough kami pergi tengah musim sejuk and permandangan dia tak seberapa clear tapi still lagi cantik. Bagi aku kalau pergi time summer mesti lagi cantik. Tapi panas la. Tak stylo lah kalau tak pakai jacket. ^_^

Dang Tam Cruise
Dekat Ha Long Bay ni kami spent hampir RM300 for 1 night, Naik cruise and tidur dalam bilik agak besar and makan 3x sehari. Untung boh. Selain tu, package HLB ni bawak masuk gua yang kononnya famous dekat sana and also kayak-ing dekat laut dalam. Then singgah dekat satu pulau (sorry tak ingat nama pulau) which is orang Vietnamese ni kata pulau ni famous dengan monyet. Bagi kami orang Malaysia ni, monyet satu benda yang biasa. Tak payah susah-susah cari monyet. Salah satu kawan aku yang follow trip ni pun dah boleh consider monyet. Kah kah kah.



This is my third time travelling and first time travel dengan group yang ramai. Sangat best sebab boleh borak-borak and get to know them much better. And of course, orang Malaysia kan jakun sikit kalau pergi travel. Bising and buat havoc memang typical Malaysian. Orang Penang kata 'buat ramai'.



To conclude, this 'bachelor party' berjalan dengan lancar and to Nasaruddin. we wish you happy wedding and may everyday that you spend together with your future wife hold a wonderful surprise for you. Congratulations. The first of us to get married. And not to forget, our new member, Abang Z. Welcome to the our family.

Motor Insurance Premium Computation

Hey guys. Today I wanna help you guys how to calculate your motor insurance premium. But only for basic calculation. This will help you guys to prepare the money and what to expect once your roadtax/ insurance expiring.

Step by Step
1. Berapa sum insured kereta uols? Or pilih sendiri berapa nak cover kalau total loss? Kalau still lagi tak faham then click dekat link ni. Website ni boleh tolong berapa total market value untuk kereta uols.
https://www.mycarinfo.com.my/Valuation/SearchVehicle?version=free&clean=1

2. This one agak tricky. Tapi rilek. Baca betul-betul and aku yakin senang je nak faham.
  • First, berapa engine CC (cubic capacity) kereta uols? Bawah ni list engine CC and price for each CC.


CC
Comprehensive (RM)
1400
261.65
1650
292
2200
323.80
3050
355.50

  • For example, if I nak renew my insurance. Kereta I Proton Saga Hatchback, 1.3cc. So base on above table, my cc below 1400cc. 
  • Then I nak letak my car sum insured RM 10,000. 
  •  Therefore, please see motor premium computation below

3. Next, everyone entitled for No Claim Discount (NCD). NCD meaning no claim has been made during such period.

No Claim
Discount
After 1 year
25%
After 2 year
30%
After 3 year
38 1/3%
After 4 year
45%
After 5 or more years
55%

  • My gross premium sebelum tolak dgn NCD only RM 495.95
  • Let say my NCD is maximum 55%. 
  • So my premium after NCD is 
      • RM 495.65 - (RM 495.65 x 55%) = RM 223.04
4. Then, kira berapa total seat kereta? Below are the list of seats.

Seat
RM
5
50
6
60
7
70
8
80

  • Kereta Saga I ada 5 seats je. So RM 50.00
  • Then, uols tambah the gross premium after NCD plus with RM 50.00
  • Therefore, total premium:-

5. Last, total premium mention above ni before service tax (6%) + stamp duty (RM 10.00). Sila tambah sendiri. Ahaks ^_^
 
6. Done!


To Conclude
Macam I mention dekat atas, this is only for basic calculation for basic insurance coverage. Belum lagi kalau uols nak tambah extension like Flood, SRCC, LLOP, LLTP & Windscreen.

If uols still lagi tak faham penerangan aku panjang lebar ni, then I'm so sorry. Better call your insurance agent.

Lol :)

Japan, You are so Beautiful


Osaka Castle

Hi guys. It's been a while now. Agak surprise sebab bila dah lama tak berblog, ramai kata 'eh kari, kenapa tak update blog dah?'. Thank you to all readers out there. Ingatkan aku tulis ni macam syok sendiri. Ahaks ^_^

Tokyo Tower

Tokyo Skytree

By the way atas permintaan kawan aku, aku akan bercerita sikit tentang trip aku di Jepun. Kami pergi bertiga and setahun punya perancangan. Duit satu-satu halangan paling besar nak ke Jepun sebab Jepun makan, barang-barang, transportation and segala macam lagi memang mahal. Tapi disebabkan impian kami nak ke Jepun punya pasal, prinsip hidup bertukar 'duit boleh cari, experience priceless'

 Akhihabara



Meiji Shrine

Hampir RM 7,000 aku spent dekat sana including flight ticket (Air Asia), hotel, makan and transportation. Every month aku kumpul RM 700 dari duit gaji and memang sakit and terasa sangat bila dapat gaji aku kena put aside duit nak ke Jepun. Tapi bila dah sampai sana, SANGAT-SANGAT WORTH IT.

Universal Studio Japan

Umeda Sky Building
 
Osaka City
 

Kalau sesiapa nak pergi Jepun, aku advise kan sila! Sebab memang best. Travel dengan kawan-kawan or honeymoon pun best sebab kat sana banyak landmark and point of attraction for tourist. Apa aku boleh advise is;
  • Bawak duit lebih (RM 7,000 more than enough)
  • Beli tiket bullet train (RM 900 seminggu) sebab train dekat sana boleh pakai dari utara ke selatan. Macam uols naik KTM / Ampang Line / Kelana Jaya Line. Tapi train dia boleh pergi seluruh Jepun.
  • Fly ke Osaka dulu then baru ke Tokyo sebab flight ke Osaka lebih murah dari Tokyo. And lagi cepat sampai. Saving sikit masa and duit.
  • Jangan berkira duit. Apa yang jumpa and terniat nak beli, sila beli macam aku. Lol!
  • Jangan bila nak beli barang kau convert ke duit Malaysia. Memang takkan beli.
  • Bawak camera paling stylo sekali. And kalau pergi dengan kawan-kawan, pastikan sama-sama merasa penat bawak camera ke hulu ke hilir. Jangan bagi sorang je yang bawak tapi gambar dia nak lebih. Oppss.
Mt Fuji

Seminggu dekat Jepun, kami just mampu lawat 3 negeri. Tokyo, Mt. Fuji, Osaka and Kyoto. Bagi aku Tokyo bandar yang moden. Ala-ala KL gitu. Tapi lagi power dari segi barang elektronik dia, bangunan, orang sekeliling and tempat shopping yang tip top. Aku sumpah time dekat sana tak boleh kawan nafsu shopping. Siap boleh beli Xbox 360 dekat sana lagi. Gila apa. 

Osaka pulak more to macam bandar baru nak up tapi moden jugak. Mt Fuji memang kampung. Orang dekat sana semua baik. Walaupun bila kita cakap dia tak faham and dia cakap kita tak faham tapi dia still cuba nak explain dekat kami sampai kami faham. Kalau orang Malaysia dah blah malas nak layan dah.
 
Fushimi Inari-Taisha, Kyoto

Sebenarnya, aku still lagi tak boleh move on pasal Jepun. Sebab Jepun bagi aku sangat unik and sangat best. Setiap tempat aku pergi semua best. Aku bukan exaggerate tapi cuba pergi sekali, sure tak boleh move on macam aku.

Sekian,


Thank you Japan. We miss you.