Hanoi, City of the Rising Dragon



Hanoi. Capital city of Vietnam.

Plan secara tiba-tiba time tengah lepak minum dekat mamak and suddenly timbul idea nak travel dekat Ha Long Bay. Dapat idea, terus roger kawan-kawan, semua on and malam tu juga booking tiket. Kami ber-enam pergi and secara tak langsung celebrate one of my friends yang akan kahwin this year. So kind a 'bachelor party' untuk dia. But in a good way. Bukan macam mat saleh ey!

Dengan berbekalkan duit RM1,600, Alhamdulillah kaki aku berjaya menyentuh bumi Vietnam. Naik Vietnam Airlines and ambil masa dekat 4 jam dalam flight. Tak mahal pun sebab kalau compare dengan Air Asia memang lagi mahal.

Bai Dinh Pagoda

First day dekat sana, kami book package ke Bai Dinh Pagoda & Trang An and ambil masa 3 jam dari Hanoi.  Bai Dinh Pagoda ni tempat suci dia which is Buddha punya patung and tempat sami-sami bertapa.
Trang An
Trang An orang kata kalau tak sempat or tak mampu pergi Ha Long Bay, Trang An as alternative. Tapi kami redah. Selamba pergi dua-dua. So 2 trip aku ni boleh dikatakan best and agak unik sebab mana nak cari dekat Malaysia ni kau berkayak dekat tengah-tengah sawah padi and tepi gunung.

Sebenarnya plan ke Hanoi ni nak sangat tengok Ha Long Bay. Tengok dekat google antara 50 tempat tercantik di dunia and pernah masuk dalam list 'Wonders of the World'. Seriously aku tak tipu uols. Tempat ni tersangat lah cantik. Eventhough kami pergi tengah musim sejuk and permandangan dia tak seberapa clear tapi still lagi cantik. Bagi aku kalau pergi time summer mesti lagi cantik. Tapi panas la. Tak stylo lah kalau tak pakai jacket. ^_^

Dang Tam Cruise
Dekat Ha Long Bay ni kami spent hampir RM300 for 1 night, Naik cruise and tidur dalam bilik agak besar and makan 3x sehari. Untung boh. Selain tu, package HLB ni bawak masuk gua yang kononnya famous dekat sana and also kayak-ing dekat laut dalam. Then singgah dekat satu pulau (sorry tak ingat nama pulau) which is orang Vietnamese ni kata pulau ni famous dengan monyet. Bagi kami orang Malaysia ni, monyet satu benda yang biasa. Tak payah susah-susah cari monyet. Salah satu kawan aku yang follow trip ni pun dah boleh consider monyet. Kah kah kah.



This is my third time travelling and first time travel dengan group yang ramai. Sangat best sebab boleh borak-borak and get to know them much better. And of course, orang Malaysia kan jakun sikit kalau pergi travel. Bising and buat havoc memang typical Malaysian. Orang Penang kata 'buat ramai'.



To conclude, this 'bachelor party' berjalan dengan lancar and to Nasaruddin. we wish you happy wedding and may everyday that you spend together with your future wife hold a wonderful surprise for you. Congratulations. The first of us to get married. And not to forget, our new member, Abang Z. Welcome to the our family.

Motor Insurance Premium Computation

Hey guys. Today I wanna help you guys how to calculate your motor insurance premium. But only for basic calculation. This will help you guys to prepare the money and what to expect once your roadtax/ insurance expiring.

Step by Step
1. Berapa sum insured kereta uols? Or pilih sendiri berapa nak cover kalau total loss? Kalau still lagi tak faham then click dekat link ni. Website ni boleh tolong berapa total market value untuk kereta uols.
https://www.mycarinfo.com.my/Valuation/SearchVehicle?version=free&clean=1

2. This one agak tricky. Tapi rilek. Baca betul-betul and aku yakin senang je nak faham.
  • First, berapa engine CC (cubic capacity) kereta uols? Bawah ni list engine CC and price for each CC.


CC
Comprehensive (RM)
1400
261.65
1650
292
2200
323.80
3050
355.50

  • For example, if I nak renew my insurance. Kereta I Proton Saga Hatchback, 1.3cc. So base on above table, my cc below 1400cc. 
  • Then I nak letak my car sum insured RM 10,000. 
  •  Therefore, please see motor premium computation below

3. Next, everyone entitled for No Claim Discount (NCD). NCD meaning no claim has been made during such period.

No Claim
Discount
After 1 year
25%
After 2 year
30%
After 3 year
38 1/3%
After 4 year
45%
After 5 or more years
55%

  • My gross premium sebelum tolak dgn NCD only RM 495.95
  • Let say my NCD is maximum 55%. 
  • So my premium after NCD is 
      • RM 495.65 - (RM 495.65 x 55%) = RM 223.04
4. Then, kira berapa total seat kereta? Below are the list of seats.

Seat
RM
5
50
6
60
7
70
8
80

  • Kereta Saga I ada 5 seats je. So RM 50.00
  • Then, uols tambah the gross premium after NCD plus with RM 50.00
  • Therefore, total premium:-

5. Last, total premium mention above ni before service tax (6%) + stamp duty (RM 10.00). Sila tambah sendiri. Ahaks ^_^
 
6. Done!


To Conclude
Macam I mention dekat atas, this is only for basic calculation for basic insurance coverage. Belum lagi kalau uols nak tambah extension like Flood, SRCC, LLOP, LLTP & Windscreen.

If uols still lagi tak faham penerangan aku panjang lebar ni, then I'm so sorry. Better call your insurance agent.

Lol :)

Japan, You are so Beautiful


Osaka Castle

Hi guys. It's been a while now. Agak surprise sebab bila dah lama tak berblog, ramai kata 'eh kari, kenapa tak update blog dah?'. Thank you to all readers out there. Ingatkan aku tulis ni macam syok sendiri. Ahaks ^_^

Tokyo Tower

Tokyo Skytree

By the way atas permintaan kawan aku, aku akan bercerita sikit tentang trip aku di Jepun. Kami pergi bertiga and setahun punya perancangan. Duit satu-satu halangan paling besar nak ke Jepun sebab Jepun makan, barang-barang, transportation and segala macam lagi memang mahal. Tapi disebabkan impian kami nak ke Jepun punya pasal, prinsip hidup bertukar 'duit boleh cari, experience priceless'

 Akhihabara



Meiji Shrine

Hampir RM 7,000 aku spent dekat sana including flight ticket (Air Asia), hotel, makan and transportation. Every month aku kumpul RM 700 dari duit gaji and memang sakit and terasa sangat bila dapat gaji aku kena put aside duit nak ke Jepun. Tapi bila dah sampai sana, SANGAT-SANGAT WORTH IT.

Universal Studio Japan

Umeda Sky Building
 
Osaka City
 

Kalau sesiapa nak pergi Jepun, aku advise kan sila! Sebab memang best. Travel dengan kawan-kawan or honeymoon pun best sebab kat sana banyak landmark and point of attraction for tourist. Apa aku boleh advise is;
  • Bawak duit lebih (RM 7,000 more than enough)
  • Beli tiket bullet train (RM 900 seminggu) sebab train dekat sana boleh pakai dari utara ke selatan. Macam uols naik KTM / Ampang Line / Kelana Jaya Line. Tapi train dia boleh pergi seluruh Jepun.
  • Fly ke Osaka dulu then baru ke Tokyo sebab flight ke Osaka lebih murah dari Tokyo. And lagi cepat sampai. Saving sikit masa and duit.
  • Jangan berkira duit. Apa yang jumpa and terniat nak beli, sila beli macam aku. Lol!
  • Jangan bila nak beli barang kau convert ke duit Malaysia. Memang takkan beli.
  • Bawak camera paling stylo sekali. And kalau pergi dengan kawan-kawan, pastikan sama-sama merasa penat bawak camera ke hulu ke hilir. Jangan bagi sorang je yang bawak tapi gambar dia nak lebih. Oppss.
Mt Fuji

Seminggu dekat Jepun, kami just mampu lawat 3 negeri. Tokyo, Mt. Fuji, Osaka and Kyoto. Bagi aku Tokyo bandar yang moden. Ala-ala KL gitu. Tapi lagi power dari segi barang elektronik dia, bangunan, orang sekeliling and tempat shopping yang tip top. Aku sumpah time dekat sana tak boleh kawan nafsu shopping. Siap boleh beli Xbox 360 dekat sana lagi. Gila apa. 

Osaka pulak more to macam bandar baru nak up tapi moden jugak. Mt Fuji memang kampung. Orang dekat sana semua baik. Walaupun bila kita cakap dia tak faham and dia cakap kita tak faham tapi dia still cuba nak explain dekat kami sampai kami faham. Kalau orang Malaysia dah blah malas nak layan dah.
 
Fushimi Inari-Taisha, Kyoto

Sebenarnya, aku still lagi tak boleh move on pasal Jepun. Sebab Jepun bagi aku sangat unik and sangat best. Setiap tempat aku pergi semua best. Aku bukan exaggerate tapi cuba pergi sekali, sure tak boleh move on macam aku.

Sekian,


Thank you Japan. We miss you.

MUTANS AND PROUD

NICE TO SEE NICE TO HOLD ONCE BROKEN CONSIDERED SOLD

DON'T DO THE CRIME, IF YOU CAN'T DO THE TIME

Quote macam ni you guys banyak boleh tengok dekat kedai kaca or balai polis or penjara.

Macam aku kalau pergi kedai kaca memang aku cuak habis sebab takut terlanggar benda benda mudah pecah ni especially takut pecah benda yang mahal. Mana ada duit kan nak bayar.

So apa masalah dengan orang sekarang? Kalau tak nak kena saman then jangan bawak laju. Kalau tak nak bayar kaca yang dah pecah then jangan datang kedai kaca or kurus kan sikit badan. Kalau tak nak masuk penjara then jangan buat masalah. Kalau tak nak kena pukul then jangan ragut or rogol or curi motor. Kalau tak nak kena pulau dengan orang then jangan buat hal dengan orang.

Dah you all buat salah then terima la padah nya. Kenapa nak blame orang lain? 

Kenapa bila you all bawak kereta overspeed then kena saman you all kata 'Bodoh la polis ni. Time ni la nak saman. Bodoh!'

Kenapa bila you all pinjam duit orang then orang tu ugut you all sebab tak bayar hutang then you all marah orang tu? You all mesti kata 'Tak berhati perut langsung. Sikit masa pun tak boleh bagi ke aku nak bayar?'

Kenapa bila you all dapat AIDS sebab main dengan pelacur you all marah pelacur tu sebab ada AIDS and tak pasal pasal transfer dekat you all?

Aku tak faham dengan konsep orang blame others because for their own mistake. 

Ini contoh. Kalau tak nak berhutang then jangan berhutang. Dah terang terang dekat borang agreement ada signature you all dah bersetuju untuk berhutang and dikenakan interest. Once you all dah sign means you all juga bersubahat buat Riba'. Then blame orang lain kenapa? Blame tak boleh ada interest sebab Riba' bagai sedangkan you all sendiri bersubahat.

Dekat dunia ni mesti ada pros and cons dia. Kita manusia memang tak kan lari dari buat kesilapan. Kalau you all tak bernasib baik then you all kena terima padah. Pada orang yang dapat lari then itu rezeki or Allah bagi peluang kedua untuk you all bertaubat. Sudah sudah la nak tunding jari and salah kan orang lain. Kita dilahirkan dengan akal fikiran. Fikir mana baik mana buruk.

. Kata kan BODOH pada orang yang blame kan orang lain.